Home Rencana PAS Selangor

Putih VS hitam – Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak

22
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhaimin

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak

Ketika para frontliners bermula dari di pusat kuarantin, hospital, wad ICU, hinggalah ke frontliner di tanah perkuburan masih bertungkus lumus.

Ketika frontliner sibuk dan keletihan mengurus pesakit yang sedang berusaha utk sembuh hinggalah ke jenazah pesakit meninggal yang perlu diurus dengan SOP yang begitu ketat.

Dalam hati berdoa berharap peningkatan kes dan kematian dapat dikurangkan. “Best ke duk di tengah panas, pakai full set PPE, Wallahi, kalau ditanya memang tak suka”. Tetapi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam membantu urusan umat Islam dalam era pandemik covid terutamanya, kaki dilangkah jua.

Tapi bagaimana dalam semua situasi di atas, masih ada lagi yang sanggup mengenepikan soal menjaga keselamatan masyarakat dan nyawa, boleh melanggar SOP dengan berhimpun.

Tapi mungkin kerana mereka ni dah kebal, tak lut dek virus, tak menjangkitkan orang lain, tak perlu kami uruskan di sini kalau pape berlaku kat korang, buatlah apa yang korang nak buat asal jangan menyusahkan orang lain seperti kami dan frontliner-frontliner di luar sana.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor