Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA SELANGOR, 15 September – Pusat Khidmat PAS Kawasan Kuala Selangor semalam telah turun ke Taman Sirambai bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan ‘Bakul Prihatin’ kepada penduduk yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga emas yang uzur, sakit serta OKU.
YDP PAS Kuala Selangor, Tuan Hj Muhmmad Rashid Mohd Kassim bersama Ketua PAS Cawangan Telok Piah, Hj Mat Akhir dan Saudara Fuad Bahanan telah berkunjung ke rumah penduduk yang telah disenaraikan untuk disampaikan bantuan ‘Bakul Prihatin’ kepada mereka.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Hj Mat Akhir dan AJK PAS Cawangan yang telah menyalurkan maklumat kepada Pusat Khidmat PAS Kuala Selangor mengenai keadaan penduduk di kawasan Taman Sirambai. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung para penerima.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor