Home Berita PAS Selangor

Purnama menyantuni insan kematian ahli keluarga – PAS Kawasan Gombak

152
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 7 September – Tabung Kebajikan (Purnama) merupakan tabung kebajikan bagi membantu ahli PAS Gombak yang ditimpa musibah kematian atau kemalangan.

Baru-baru ini, Purnama telah menyantuni Puan Wan Saidatul Nur, balu kepada Allahyarham Mustafa Amir Yusuf. Dalam siri ziarah tersebut, wakil Purnama menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada ahli keluarga beliau.

Pada siri seterusnya, PAS Kawasan Gombak menerusi Purnama telah menyerahkan sumbangan berserta kata-kata semangat buat Tuan Khazari Mat yang baru kehilangan isteri tersayang.

Sejak penubuhan Tabung Kebajikan Purnama ini, seramai 43 keluarga ahli telah menerima sumbangan, hasil perolehan caruman daripada PAS Cawangan-cawangan dibawah parlimen Gombak.

Mudah-mudahan, sokongan sosial dan kewangan yang telah diberikan oleh Purnama ini sedikit sebanyak menceriakan hati mereka bagi terus menjalani kehidupan mendatang walau kehilangan insan tercinta.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor