CHANGKAT JERING ,14 Disember – SRITI Al Helmi , Bukit Gantang mengambil inisiatif menganjurkan Kem Generasi Al Quran atau Kem GenQ sempena musim cuti sekolah bagi memupuk ciri-ciri generasi yang cintakan al quran.
Kem ini telah diadakan pada 10 Disember hingga 13 Disember bertempat di SRITI Al Helmi , Bukit Gantang dan EthnoValley , Changkat Jering.
Kem yang dilaksanakan selama empat hari berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang rata-ratanya menyokong usaha membentuk generasi yang memiliki pengetahuan agama lebih baik.
Kem berkenaan menyasarkan peserta dalam kalangan murid-murid berumur 7 hingga 9 tahun memandangkan golongan berkenaan bukan hanya aset penting buat keluarga, bahkan buat memartabatkan agama serta meningkatkan kemajuan negara.
Pengisian program lebih tertumpu kepada usaha untuk memberi manfaat buat diri sendiri serta masyarakat setempat.
Peserta diajar kaedah ibadah wuduk dan solat yang sempurna, didedahkan dengan isi kandungan al-Quran , pengurusan jenazah , bacaan al fatihah serta beberapa aktiviti lain.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi kem ini amat penting buat mereka bagi memastikan mereka mampu menghadapi cabaran serta liku-liku kehidupan pada masa kini.