Home Rencana PAS Selangor

PTA membina kekuatan rohani anggota Amal secara tersirat – KP DPPN Selangor

59
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "L 2019 AIMAN JAM"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) juga merupakan medan anggota Amal secara tersirat membina kekuatan rohani dan ukhwah Islamiah.

Jika ada yang menasihati, ketahuilah nasihat itu datang dari insan yang menyanyangi kita. Terus kuatkan hubungan dengan Allah, teruskan membaca Al-Quran dan yakinilah ia sebagai kekuatan kita demi menjaga keikhlasan diri kita.

Ada 5 Kekuatan yang boleh saya kongsikan kepada semua peserta yang perlu ada dalam seluruh jiwa para amilin Jabatan Amal sekalian.
5 perkara itu ialah:

1️. Kekuatan Iman. Yakinilah dengan Allah dan Rasul serta segala arahannya. Yakinilah masa depan kita dengan Islam.

2️. Kekuatan Semangat & Kefahaman Jihad yang Tinggi. Jauhilah sifat malas, lesu, lemau, dan mencari 1000 alasan dalam melaksanakan amanah jemaah.

3️. Kekuatan Pengorbanan atau Tadhiah. Kerana dengan pengorbanan jiwa raga, masa, harta, & perasaan untuk Islam bayarannya adalah syurga buat kita semua

4️. Ukhwah Fillah. Inilah yang dicemburui oleh semua sahabat dalam jemaah kepada kalian. Ikatan Ukhwah ini hanya mampu diikat iman yang jitu, matlamat yang satu, tujuan yang satu. Sekiranya di kalangan kita baik pimpinan mahupun anggota ada tujuan dan matlamat selain daripada Allah, nescaya Ukhwah itu akan dirobek. Maka jagalah perkara itu.

5️. Disiplin Organisasi. Antara perkara yang saya masukkan dalam ucapan berkaitan dengan disiplin ketaatan kita kepada pucuk kepimpinan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak. Perkara ini adalah rahsia kekuatan kalian semua.

Anggota Amal perlu faham kenapa perlu ada sikap taat dan wala kepada arahan pimpinan. Walaupun kita tidak suka atau tidak gembira dengan arahan pimpinan, sebagai anggota dan pegawai Jabatan Amal kita kene ambil sikap hormat dan patuh segala arahan pimpinan selagi mana ia tidak melanggar syarak!

Ketaatan kita kepada pimpinan akan teruji saat apabila hadir rasa tidak senang, rasa tidak gembira dan rasa tidak mahu melaksanakan arahan. Cukup dengan hadirnya RASA itu, ketaatan kita telah diuji.

(Ucapan Perasmian Penutup PTA Negeri Selangor 2019)

14 Oktober 2021 | 7 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor