Home Berita PAS Sabah

PTA beri peluang masyarakat mengenali Jabatan AMAL

8
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
16 Mac 2024

LAHAD DATU : Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) kali ke -4, anjuran Jabatan AMAL Malaysia Lahad Datu memberi peluang masyarakat untuk lebih mengenali jabatan AMAL Malaysia.

Pengarahnya, Arrafie Asgari berkata, para peserta yang hadir dapat mengenali lebih rapat berkaitan Jabatan AMAL Malaysia, yang bukan sahaja badan sukarelawan tetapi juga sebagai badan kebajikan.

“Penubuhan Jabatan AMAL mengikuti arus perubahan zaman dengan melatih anak muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan dan kebajikan.

“Pendedahan ini penting kepada masyarakat khususnya anak muda, agar mereka mampu menjadi pelindung dan pembantu ketika berlakunya situasi sukar, terutamanya berlakunya bencana,” ujarnya semasa program di sini, baru-baru ini.

Katanya, dalam perkhemahan itu, para peserta dilatih untuk meningkatkan tahap disiplin dan “survival” yang tinggi supaya mampu bersiap sedia menghadapi cabaran.

Antara aktiviti dilaksana adalah pertandingan kawad, memasak masakan rimba, memberikan bantuan asas pertolongan cemas seperti balutan asas kecederaan luka, patah, bantuan kepada mangsa pengsan (Cardio-pulmonary resuscitation, CPR) dan tercekik (heimlich maneuver).

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Mohd Huzaini Rohani bagi merasmikan perkhemahan tersebut.