Home Berita PAS Perlis

PRU14 : Muslimat Sedia Gempur Perlis

733
SHARE

 

ARAU : Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan program Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Perlis 1K pada 26 Ogos 2017.

Para peserta himpunan mula memenuhi Balai Islam Madrasah Ad Diniah Islamiyah (MADI) seawal jam 8 pagi.

Kejayaan menganjurkan program seumpama ini memberikan isyarat betapa DMPNPs bersedia menggempur negeri Perlis pada PRU ke 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Pilihanaraya Dewan Muslimat PAS Malaysia, Puan Noraini Husin, Persuruhjaya PAS Perlis, YB Cikgu Shukri Ramli, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis, Cikgu Wan Hassan, Ketua Muslimat PAS Perlis, Puan Hajjah Latifah bt Mat serta Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Perlis, Puan Husna Hashim adalah antara pimpinan yang turut hadir dalam program himpunan tersebut.

Antara pengisian program termasuklah upacara perbarisan oleh anggota Briged Muslimat, slot motivasi pilihanraya yang disampaikan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan Kapar, Tuan Wan Hamidi serta acara penyampaian anugerah.

DUN Bintong dalam Kawasan Kangar telah dipilih menerima Anugerah Kehadiran Ahli DUN Paling Ramai manakala dan Anugerah Jentera Teramai pula dimenangi oleh PAS Kawasan Arau.

{jathumbnail off}