Home Berita PAS Selangor

PROTAPAS: Perkukuh Pengetahun Anak Mengenai Perjuangan Ibu Bapa

2346
SHARE

Program Tarbiyyah Anak PAS (PROTAPAS) anjuran Dewan Pemuda PAS Serdang dan Ameerah Serdang telah diadakan pada 8-10 Disember 2017 di Kem Rimba Ria Hulu Langat.

Program 3 hari 2 malam ini telah dimulakan dengan taklimat kepada para ibubapa peserta di Surau Mujahidin, Desa Surada oleh Ustaz Amalluddin, Ajk Dewan Pemuda Serdang.

Objektif program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada anak-anak ahli PAS tentang perjuangan ibubapa mereka di dalam jemaah dan juga sebagai permulaan kepada mereka untuk melibatkan diri secara langsung dalam program-program remaja yang disediakan.

Pelbagai perkongsian telah disusun dalam PROTAPAS meliputi aspek aqidah, ibadah dan akhlak disamping modul dan latihan dalam kumpulan turut dibuat bagi memberi kefahaman yang lebih kepada para peserta.

Aktivitu luar juga turut dilakukan seperti abseiling, nightwalk, aktiviti sungai dan riadah.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Serdang, Ustaz Rosli Jusoh.

Beliau menyeru para peserta untuk menjadi manusia paling cemerlang berbanding orang lain kerana mereka telah mempunyai matlamat yang jelas tentang kehidupan ini.

Beliau turut menceritakan bagaimana Allahyarham Tuan Guru Ustaz Harun Din sempat mengucapkan LailahaillAllah di akhir hayatnya walaupun organ badan arwah telah tidak berfungsi kerana kemuliaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada pejuang agamanya.

Seramai 58 peserta yang hadir dalam program ini telah memberi maklum balas yang sangat positif terhadap aktiviti dan pengisian yang diadakan sepanjang program.

Kebanyakan peserta telah melahirkan rasa syukur kerana dapat menyertai program ini.

Mereka dapat memahami maksud sebenar PAS, lebih bersemangat dan mempunyai matlamat yang jelas tentang kehidupan ini.

Hasil dari program ini juga, para peserta telah memiliki motivasi diri dan semangat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna kerana rasa cinta pada Allah dan takutkan azabNya.

Galeri Program;