Home Artikel PAS Perak

Protapas Bukit Gantang : Terap Nilai Aqidah , Ibadah dan Akhlak dalam Kehidupan

65 views
SHARE

Oleh : Ez

TRONG , 23 Disember :Program Tarbiyyah Anak PAS (PROTAPAS) anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang dengan kerjasama Nisa Bukit Gantang telah diadakan pada 22 hingga 23 Disember yang lalu bertempat di Kem Pulara Resort ,Trong.

Menurut pengarah program , Encik Fadzil Yazid , objektif program ini adalah bagi mendidik anak-anak ahli PAS agar mengenal Allah, Islam, jemaah, diri sendiri serta tujuan mereka dijadikan khalifah selain daripada memberi motivasi dalaman kepada mereka.

“ Pelbagai perkongsian telah disusun dalam PROTAPAS meliputi aspek aqidah, ibadah dan akhlak disamping modul dan latihan dalam kumpulan turut dibuat bagi memberi kefahaman yang lebih kepada para peserta”.

“Aktiviti luar juga turut dilakukan seperti nightwalk, aktiviti sukan dan riadah”.

Seramai 62 peserta yang hadir dalam program ini yang berusia antara 13 hingga 18 tahun itu telah memberi maklum balas yang sangat positif terhadap aktiviti dan pengisian yang diadakan sepanjang program.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Dalam ucapannya , beliau menekankan aspek pendidikan agama dalam diri peserta-peserta program supaya menjadi insan yang berilmu agar tidak mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang menyesatkan dan melalaikan mereka.

Beliau turut menekankan aspek aqidah,ibadah dan akhlak pada setiap peserta agar memberi teladan yang baik apabila berakhirnya kem ini nanti.

Kebanyakan peserta telah melahirkan rasa syukur kerana dapat menyertai program ini.

Hasil dari program ini juga, para peserta telah memiliki motivasi diri dan semangat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna kerana rasa cinta pada Allah dan takutkan azabNya.