Home Berita PAS Terengganu

Projek Perumahan Taman Hamparan Tawar Konsep Moden Patuh Syariah di Terengganu

1
SHARE

KUALA TERENGGANU – P-Excell Management Sdn. Bhd. (PEMSB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), hari ini melancarkan Projek Perumahan Taman Hamparan, satu pembangunan perumahan moden berkonsepkan patuh syariah dengan persekitaran kondusif dan eksklusif di Kampung Peradong, Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek tersebut dibangunkan di atas tanah milikan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) seluas 4.53 ekar dan merangkumi sebanyak 69 unit rumah teres satu tingkat dengan keluasan binaan 1,100 kaki persegi setiap unit.

“Rekabentuk kediaman berkonsep moden dan patuh syariah ini menekankan kesejahteraan keluarga Islam melalui susun atur ruang yang selesa, harmoni dan beretika.

“Kita mahu melihat lebih banyak pembangunan yang tidak hanya cantik dari segi reka bentuk, tetapi juga membawa nilai kehidupan yang berpaksi syariah serta kondusif dan eksklusif. Inilah keunikan yang perlu menjadi identiti projek-projek perumahan di Terengganu,” katanya ketika merasmikan pelancaran projek tersebut di sini hari ini.

Tambah beliau, projek Taman Hamparan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan hartanah di Terengganu dilaksanakan dengan pendekatan Islamik yang menyeimbangkan keperluan fizikal dan spiritual rakyat serta persekitaran yang kondusif dan eksklusif.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manir dan Pengerusi PEMSB, Hilmi Dato’ Harun berkata, pelancaran Projek Taman Hamparan sebagai satu langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan PEMSB sebagai pemaju hartanah berteraskan nilai Islam serta kondusif dan eksklusif di bawah Kumpulan PMINT.

“Kami percaya projek ini akan menjadi model perumahan Islamik moden yang bukan sahaja menepati kehendak pasaran, tetapi turut mengangkat martabat pembangunan berasaskan prinsip syariah serta kondusif dan eksklusif,” ujarnya.