Alhamdulillah, Projek pertama Wakaf Air berjaya direalisasikan. Mewakili KASA telah menyerahkan sistem bekalan air terawat kepada 16 buah rumah di Kg Melayu Seelong, Senai.
Projek ini dibiayai sepenuhnya menerusi Wakaf Air dengan kos sebanyak RM34,776.00. Projek ini melibatkan penyambungan sistem retikulasi Taman Impian Jaya dan ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen untuk dipam ke tangki pengimbang berkapasiti 1,500 gelen sebelum disalurkan ke rumah penduduk kampung.
Projek ini siap dalam tempoh 3 minggu, bermula pada 11 Februari 2021 dan siap pada 4 Mac 2021. Saya ucapkan terima kasih kepada para pewakaf.
Semoga diganjari pahala berpanjangan seperti air yang mengalir.
Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri Alam Sekitar dan Air
#MalaysiaSejahtera
#KASA