Home Artikel PAS Johor

PROJEK IFTAR BOX AMEERAH, SKUAD PRIHATIN & BUBUR LAMBUK DPPK MUAR UNTUK EDARAN BERBUKA

106 views
SHARE

PROJEK IFTAR BOX AMEERAH, SKUAD PRIHATIN & BUBUR LAMBUK DPPK MUAR UNTUK EDARAN BERBUKA

MUAR : Tiga projek berasingan berjalan serentak oleh Ameerah Muar, Skuad Prihatin Muar dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar pada 18 Mei yang lalu.

Projek Iftar Box Ameerah Muar ialah pemberian puding sagu gula melaka sejuk kepada pekerja-pekerja di lot-lot kedai dan stesen minyak sekitar Dun Maharani dan Dun Sungai Balang.

Sementara edaran bubur lambuk oleh Pemuda PAS Muar pula di persimpangan traffic light pekan Parit Jawa.

Skuad Prihatin Muar pula menyantuni musafir yang sedang berada di stesen bas Bentayan. Edaran pek kuih muih dan kurma diberi sebagai bekalan berbuka para penumpang bas ekspres.