Home Berita PAS Selangor

Program ziarah oleh Pemuda PAS Selangor – DPPN Selangor

28
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 24 September – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor semalam, telah menziarahi Ust Ahmad Nazri Mohd Nawi di rumah beliau di Klang. Menurut Pemuda PAS Selangor, beliau tidak asing bagi mereka di peringkat Pemuda Selangor.

Beliau sebagai Pengerusi tetap Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Naqib Alternative Riding Club (ARC) Selangor dan pelbagai lagi taklifan jamaah membantu menggerakkan PAS di beberapa peringkat.

Ziarah ke rumah beliau mewakili DPPNS melalui Lajnah Kebajikan DPPNS, ARC Selangor, Geng Ustaz dan Syabab Care Malaysia, “kami sampaikan sumbangan sebagai tanda ukhuwah kebersamaan kami bersama ustaz dikala susah dan senang”, kata mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mempermudahkan urusan seharian ustaz”, sambung mereka lagi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor