
Oleh : PAS Kawasan Gombak
Gombak, Selangor | 26 September 2020
Agenda berkebajikan PAS Kawasan Gombak dan Dewan Muslimat melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan terus disemarakkan dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan kepada 20 penerima di sekitar Taman Seri Gombak.

Majlis secara santai dan penuh erti yang berlangsung di sebuah kedai makan turut mendapat kerjasama rakan Muafakat Nasional, UMNO bagi mengumpul barangan sumbangan.

Dalam ucapan ringkas oleh Timbalan Yang-Dipertua PAS Kawasan Gombak Ustaz Hasbullah Ridzwan merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga amalan bantu membantu dikalangan masyarakat terus subur.

Pada hari yang sama Ajk PAS Kawasan Gombak dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak telah berkesempatan menziarahi Saudara Zulkifli Saad di Kampung Kerdas 2 yang mengalami masalah kesihatan baru baru ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#muafakatmembawaberkat
#pasprihatin