Menjunjung Titah DYMM Sultan Selangor : Program Vaksinasi Di Selangor Mesti Dipertingkatkan – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR
Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menjunjung titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung rasa kekecewaan Baginda terhadap isu yang berkaitan dengan program vaksin yang sedang rancak dijalankan sebagai usaha menangani pandemik di negara ini dalam membentuk jaringan komuniti mengikut sasaran yang telah ditetapkan di peringkat Kebangsaan menerusi Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV).
2. Kekecewaan dan kebimbangan Baginda diluahkan apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kewujudan golongan anti-vaksin di Selangor, peningkatan angka positif COVID-19 dan juga angka kematian khususnya di Selangor. Ditambah lagi dengan perkembangan berhubung pemberian vaksin yang lambat serta tidak seimbang kepada negeri Selangor jika dilihat kepada kepadatan penduduk yang ada di Selangor dan ditambah lagi dengan kepentingan kerancangan ekonomi yang berpusat di negeri Selangor.
3. DPPNS menggesa agar Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) memaksimumkan dan menyegerakan pemberian vaksin seperti yang dimaklumkan sebanyak 2.9 juta dos. Ini kerana setakat yang dilaporkan pemberikan hanya 615210 kos sahaja. Perbezaan yang sangat ketara dan jurang yang besar dari pelan yang asal jika dibandingkan dengan nisbah kepadatan penduduk di negeri Selangor yang mencecah 6.2 juta rakyat.
4. Selain itu, cadangan bagi membuka PPV di kawasan luar bandar dan setiap daerah perlu diberikan serius untuk digerakkan secara segera. Langkah ini akan membantu ke arah usaha untuk memastikan pemberian vaksin dapat dimaksimumkan dengan segera sekali gus diharapkan dapat mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri Selangor yang kini telah berlanjutan mencecah lebih 2000 kes secara harian. Angka kes positif di negeri Selangor sangat signifikan dengan total jumlah kerana kepadatan nisbah penduduk dan kerancakan pusat kegiatan ekonomi serta perdagangan.
5. DPPNS juga menggesa agar CITF benar-benar telus dalam menjayakan pemberian vaksin mengikut sasaran asal yang telah dinyatakan seperti sebelum ini iaitu sebanyak 2.9 juta dos. Kerjasama di antara kementerian di peringkat Persekutuan dan negeri sangat diperlukan bagi memastikan fokus sekarang untuk menangani pandemik mampu membawakan kesejahteraan kepada negara dan rakyat.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor