Home Artikel PAS Sabah

Program Tautan Kasih PAS Kudat suntik semangat jentera

183
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
15 September 2020

KUDAT: Program Tautan Kasih antara pimpinan PAS Melaka dan ahli PAS Kudat telah berlangsung dengan jayanya di sini Ahad lepas.

Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat jentera PAS Kudat membantu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung 26 September nanti.

Hadir bersama dalam majlis Abdul Samad Mohd Dahan, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Norhayati Abdul Ghani, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Melaka, Ustaz Ahmad Physal Mohd Rajali, Naib Yang Dipertua PAS Kudat, Azman Madusin, Setiausaha PAS Kudat, ahli jawatankuasa serta ahli PAS Kudat.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Samad berpesan kepada pimpinan dan ahli PAS Kudat agar terus beristiqamah dalam perjuangan walaupun PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah ke-16.

Beliau juga berpesan kepada pimpinan dan ahli supaya tidak meninggalkan usrah kerana usrah adalah jantung kepada perjuangan

“PAS Kudat perlu membantu parti komponen dalam memenangkan BN dan PN yang bertanding dalam PRN Sabah kali ini,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Ustaz Ahmad Physal menyatakan kesediaan Jentera Pilihan Raya PAS Kudat untuk membantu memenangkan rakan-rakan muafakat yang bertanding dalam pilihan raya kali ini.