Home Berita PAS Wilayah

Program Tahsin Ibadah terima sambutan

411
SHARE

Muhammad Aizat Amni

WANGSA MAJU 21MAC : Seramai 30 peserta mengikuti program tahsin ibadah siri 1 yang diadakan pada 19 mac di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati.

Program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Tafaqquh dan Tarbiah (MAQTAR) dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al-Ayubi.

Menurut Pengarah Program, Saifuddin Suhaimi program ini dapat mewujudkan kesedaran tentang solat maka pendidikan peringkat awal khususnya di usia muda sangat perlu kerana di usia sebegini ilmu mudah diterima dan difahami.

“Anak- anak perlu diasuh ketika muda lagi agar tidak mudah leka dan terjebak dengan budaya atau melakukan kerja yang tidak berfaedah,” katanya lagi.

Manakala Imam Muda Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Ustaz Amirul Syahmee , 25, merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih masjid ini sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu, secara tidak langsung skop dan peranan masjid diperluas dan tidak hanya dijadikan tempat ibadat semata-mata.

“Penglibatan kanak-kanak dalam program ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan malahan boleh melatih kanak-kanak untuk mendekatkan diri dengan masjid serta boleh mengimarahkan masjid,” tambahnya lagi.

“Kanak-kanak akan lebih dekat dengan masjid dan boleh mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti negatif seperti melayari internet bermain ‘game’ dan sebagainya,” tegasnya.

Program Tahsin Ibadah yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang , mereka diwajibkan menunaikan solat Asar sebelum balik ke rumah masing-masing sebagai latihan amali.Makanan juga disediakan kepada semua peserta sebaik sahaja selesai program.