Home Berita PAS Selangor

Program sumbangan cakna Covid-19 – PAS Kawasan Sepang

246
SHARE

May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎فا) EPAN SSEPAN mكimat imat மழയ ప00కకం Sumbangan CAKNA COVID-19 PKP3.0 3.0 #SelfLockdown #KitaJagaKita #AllahJagaKita SUMBANGAN SIMPATI ANDA KEPADA Golongan Miskin Golongan Terkesan Pesakit Covid-19 SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK ISLAM PAS KAWASAN SEPANG 12029010003342 UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: USTAZ AZWAR 013-2411223 HJH ROHAYA 017-3506055‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sepang | Sudah lebih satu tahun sejak negara dilanda virus Covid-19. Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk. Impak ini juga terkesan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh harian, pekerja kilang dan sebagainya. Akibat kes Covid-19 baru-baru ini yang meningkat secara mendadak, kerajaan telah mengambil inisiatif menguatkuasakan “Total Lockdown” secara menyeluruh di seluruh negara bermula 1 Jun 2021.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh negara sangat membimbangkan khususnya di negeri Selangor. Data terkini setakat 30 Mei 2021 adalah sebanyak 2,477 kes harian. Jika “Total Lockdown” dilaksanakan di seluruh negara, semua sektor akan dihentikan kecuali sektor kesihatan sahaja. Aktiviti ekonomi rakyat akan terjejas teruk lebih-lebih lagi peniaga kecil dan pekerja gaji harian.

Menurut hantaran media sosial PAS Kawasan Sepang, satu inisiatif telah diambil bagi membantu mereka khususnya kepada golongan miskin, golongan yang terjejas akibat pandemik ini dan pesakit-pesakit Covid-19. Program yang dinamakan Sumbangan Ckna Covid-19 telah mensasarkan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam situasai wabak penyakit ini.

Semoga dengan bantuan yang sedikit sebanyak ini dapat membantu dan meringankan sedikit beban dalam mengharungi masa sukar untuk seluruh negara pandemik Covid-19 InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor