Home Berita PAS Selangor

Program sumbangan bakul makanan LPN DMPK Kuala Langat – PAS Kawasan Kuala Langat

36
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 30 Ogos – Program Sumbangan Bakul Makanan kepada 10 buah keluarga ahli DHPP Kawasan Kuala Langat yang terkesan akibat COVID-19 telah selesai diserahkan kepada penerimanya.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi diiringi oleh Ketua Muslimat DMPK Kuala Langat, Puan Sapariah dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Puan Junaidah di rumah Puan Lecthumy.

YB Dr. Ahmad Yunus turut menyerahkan bendera Malaysia kepada para penerima sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga yang terkesan dengan pandemik ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor