Home Berita PAS Selangor

Program Semarak Hijau Dun Kajang : PAS Meneruskan Agenda Kebajikan – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

840
SHARE

Oleh : Khairi

Bangi, Selangor | 27 September 2020

PAS Kawasan Bangi terus mengadakan program Semarak Hijau untuk menjayakan agenda memasyarakatkan PAS kepada masyarakat setempat. Tuan rumah bagi semarak hijau kali ini ialah Cawangan Taman Bukit Mewah dan Cawangan Taman Jasmin, Kajang.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor Tuan Rosli Jusoh, Pengarah Jentera Pilihanraya Parlimen Bangi Haji Sharonizam Nordin, Pengarah JPrD Kajang Ahmat Sulaiman, Ketua Urusan Ulama Dr Khairul Anuar, Ketua Muslimat Bangi Hamsatul Hamzah dan Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi (DHPP) Puan Sathia Bama. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil pemuda dan muslimat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ziarah kebajikan, ziarah pengundi, pembukaan kaunter daftar pemilih dan edaran risalah berkenaan PAS. 6 buah keluarga telah diberikan sumbangan manakala penghuni dua buah taman iaitu Taman Mewah dan Taman Zamrud telah disantuni.

Tuan Rosli dalam ucapan perasmiannya memetik ayat 104 dari surah Ali Imran yang bermaksud

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Menurut beliau, “kebajikan yang dibawa oleh PAS cukup luas, kebajikan yang kita nak buat hari ini lah nak sampaikan sumbangan pada masa yang sama kita menyentuh mereka masyarakat itu juga kebajikan. Pada masa yang sama kita memberi kefahaman berkenaan Islam.”

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor