Home Berita PAS Perak

Program ‘Retreat’ Muslimat tautkan mahabbah sesama ahli

135
SHARE

Oleh : NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 11 Jun : Muslimat Teluk Intan meneruskan program ukhuwah bersama Jawatankuasa Muslimat Cawangan bertempat di Homestay Cikgu Siti, Kampung Padang Tembak baru-baru ini.

Program bermalam yang bermula pada petang Hari Jumaat itu menyasarkan kehadiran seramai 40 orang ahli terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Para peserta telah didedahkan secara panjang lebar tugas-tugas dan perincian Lajnah masing-masing oleh Ketua Lajnah Penerangan Muslimat Negeri Perak merangkap Timbalan Muslimat Teluk Intan, Hamisah Abas usai sesi pendaftaran pada jam 5.00 petang.

“Muslimat perlu menonjolkan ketrampilan diri dan membina imej dalam kepelbagaian masyarakat agar menjadi qudwah hasanah dan ahli PAS yang dihormati,” kata Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas ketika menyampaikan solusi pada program tersebut.

Menurutnya lagi, setiap gerakerja kita perlu memasukkan elemen dakwah dan berusaha menjadi orang yang berilmu serta memberi manfaat kepada orang lain.

Pelbagai persoalan dan lontaran idea bernas dikupas pada acara kemuncak pembentangan program tahunan setiap Lajnah serta diserikan lagi dengan acara pemotongan kek bagi meraikan Muslimat yang lahir pada bulan Januari sehingga Jun.

Walau dibelit rasa penat dengan tentatif program yang padat namun kepuasan jelas terpancar pada wajah setiap peserta yang dikejutkan seawal jam 4 pagi dengan qiamullail sebagai penutup program tersebut.

Turut hadir, Naib Ketua Muslimat, Nor Asiha Hanapi, Setiausaha Muslimat, Saadah Abas serta ahli jawatankuasa yang lain.