Home Berita PAS Selangor

Program penyediaan pek kecemasan fasa 3 – PAS Kawasan Kota Raja

131
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Program bantuan pek kecemasan lockdown PAS Kawasan Kota Raja sudah mula masuk ke fasa ke-3. Mereka menyatakan bahawa, program penyediaan pek kecemasan fasa 3 telah berjalan dengan lancar yang diadakan di Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR. Sebanyak 70 hingga 100 Pek lagi telah disiapkan.

PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan kepada Puan Nirmala Devi dan Puan Kody Sivasubramaniam serta Cik Auni, pelatih relawan amal yang turun padang bersama-sama dalam penyediaan pek kecemasan fasa 3 kali ini.

Lockdown kini sudah memasuki minggu ke-4. Ramai individu yang amat terkesan. KRCAMALSELANGOR menggandakan usaha mencari dana dan mengembeling tenaga relawan dalam memastikan tiada lagi penduduk yang merintih kerana kelaparan dan tiada bekalan makanan.

Jom bantu mereka merealisasikan budaya kasih sayang.Talian Khidmat Masyarakat, WhatsApp ke :
019 3077005 Ust Jasni / 011 5309 2056 Ust Yusof

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor