Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 29 Julai – PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi usaha mereka dengan konsisten dalam misi menjaga kebajikan rakyat dan membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan.
Sudah masuk hari keempat secara berturut-turut penghantaran pek makanan tengahari dan makan malam untuk sebuah keluarga berketurunan India di rumah sewa mereka di Alam Impian.
Kesemua ahli keluarga seramai 13 anggota ini didapati positif Covid-19 sementara ketua keluarga mereka kini berada di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Seterusnya, edaran 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal
KRCAMALSELANGOR yang berprogram di DUN Selat Klang.
Menurut laporan, proses edaran diketuai Ikon Kebajikan Dr Hjh Halimah Ali bersama team beliau yang sangat komited dengan program santun ummah ini.
Program ini adalah program paling lama yang dilaksanakan iaitu sejak Mac 2020 dan telah memberi manfaat kepada puluhan ribu penerima dengan kos melebihi RM 40,000.00.
Akhir sekali, penghantaran sumbangan roti ‘Homemade’, biskut dan roti Gardenia ke Hospital Shah Alam, juga atas kapasiti ALP Hospital Shah Alam. Semoga segala pemberia ini dapat memberi manfaat kepada para penerimanya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor