Home Berita PAS Sabah

Program Khatan Perdana DUN Klias dapat sambutan

110
SHARE

Oleh : Ahmad Li
20 Disember 2022

BEAUFORT: Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena cuti persekolahan khususnya yang memberikan manfaat kepada kanak-kanak.

Salah satunya Program Khatan Perdana dan Sumbangan Asnaf DUN Klias yang telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Kabidang Beaufort di sini baru-baru ini.

Program yang telah dikoordinasi oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Beaufort, merupakan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Amal Bangi (PEKABA) dan NGO Sabah Relief bagi membantu masyarakat setempat melaksanakan salah satu tuntutan syariat dalam aspek menjaga kebersihan dan kesihatan secara percuma.

Seramai 31 orang kanak-kanak yang ditemani oleh ibu bapa masing-masing telah menyertai program itu.

Menurut ADUN (Lantikan) Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, agama Islam sangat mengutamakan aspek kebersihan dan berkhatan adalah salah satu tuntutan yang perlu dilakukan.

YB Dr. Aliakbar menyampaikan ucapan perasmian

“Ini supaya umat Islam dapat menjaga kebersihan serta memelihara kesihatan diri, di samping tetap melaksanakan kewajipan yang lain seperti menunaikan solat dan sebagainya,” katanya yang juga Setiausaha PAS Sabah ketika merasmikan program.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Syahrazan Noh; Pengerusi PEKABA Profesor Ibrahim Ahmad; Timbalan Pengerusi Sabah Relief, Tarmizi Yahya dan PPM DUN Klias,Ustaz Matjun Haji Mathon.

Seramai 50 orang penerima asnaf dari kalangan ibu tunggal, warga emas serta orang kelainan upaya turut menerima sumbangan wang tunai dalam majlis tersebut.

YB Dr. Aliakbar diiringi Profesor Ibrahim Ahmad menyampaikan sumbangan