Home Artikel PAS Perlis

Program Kacau Bubur Asyura DUN Guar Sanji Meriah

143 views
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Sebanyak 6 kawah bubur ashura telah disediakan secara gotong-royong dalam program Kacau Bubur Ashura DUN Guar Sanji pada 29 September yang lalu.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu diadakan di Surau Hutan Kandis, melibatkan enam UPU dalam DUN berkenaan dengan penglibatan seramai 100 orang penduduk.

Turut hadir dalam program tersebut ADUN Guar Sanji, YB Ustaz Mohd Ridzuan Hashim.

Beliau yang ditemui menyambut baik penganjuran program berkenaan yang menurutnya mampu mengeratkan hubungan antara para penduduk serta para petugas UPU.

“Bagi pihak PAS Kawasan Arau, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan program ini dan semoga sedikit kerja buat yang kita dilakukan pada hari ini, akan menjadi satu amal kebaikan di akhirat kelak,” ujarnya.

Kesemua bubur yang telah dimasak kemudiannya diedarkan kepada penduduk setempat.