Home Artikel PAS Sabah

Program Ibadah Korban eratkan ukhuwah

88 views
SHARE

Oleh : Anna Tan

TAWAU – Program Ibadah Korban anjuran PAS Kawasan Tawau baru-baru ini berjaya merapatkan ukhuwah sesama ahli dan  masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan solat sunat Aidil Adha dan takbir raya secara berjemaah.

Kemudian para jemaah serta petugas dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh Dewan Muslimat serta cawangan-cawangan PAS Kawasan

AJK PAS Pusat , Tuan Mohamad Husain merangkap YDP PAS Kawasan Tawau menzahirkan kesyukuran  kerana sekali lagi PAS Tawau dapat menyempurna majlis Ibadah Korban dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cemerlang dari semua ahli khususnya dari AJK serta Dewan Pemuda yang telah diamanahkan untuk melaksanakan program Ibadah Korban PAS Tawau 2019.

Beliau menyatakan kehadiran para petugas yang ramai serta kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan telah merapatkan lagi ukhuwah serta silaturrahmi PAS Tawau bersama para peserta dan lain-lain.

Sebanyak 6 ekor lembu korban telah disembelih dan daging-daging korban akan diberikan kepada golongan fakir miskin di beberapa buah kampung yang terpilih.