Home Berita PAS Perak

Program Berkhatan dan ‘Back to School’ di KOMPASTI mendapat sambutan masyarakat setempat

11
SHARE

Oleh : NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 4 Februari : Lajnah Kebajikan PAS Teluk Intan tampil lagi dengan penganjuran dua acara rutin saban tahun dengan program Berkhatan dan ‘Back to School’ bertempat di Dewan Wak Johar Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) baru-baru ini.

Program berkhatan diawali dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi dengan penglibatan seramai 30 orang kanak-kanak sekitar Teluk Intan.

Sebagaimana penganjuran program tahun sebelumnya, Jabatan Bomba Teluk Intan telah dipanggil bagi mengisi keterujaan peserta dengan siraman paip air bomba oleh penganjur yang rata-ratanya hadir bersama ibu bapa.

Sebelum nama peserta berkhatan dipanggil, anak-anak ini dihadiahkan dengan beg dan alatan persekolahan dalam program ‘Back to School’ pada hari yang sama.

Sebanyak 100 buah beg telah diberikan kepada anak-anak yang layak agar mereka gembira menempuh sesi persekolahan yang akan bermula pertengahan Februari nanti.

‘Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak-anak. Tanggung jawab kita untuk menyediakan yang terbaik kepada mereka untuk kelangsungan hidup yang selesa dan menjadi penerus generasi masa hadapan.’ Kata Robi’aton Mohd Abas, Ketua Dewan Muslimat ketika berucap pada program tersebut.

Turut hadir Naib Ketua Dewan Muslimat, Hamisah Abas serta ahli jawatankuasa yang lain.