Home Berita PAS Terengganu

Program “Berkat 2024”, PKM Agih Sumbangan kepada 150 Asnaf

22
SHARE

HULU TERENGGANU – Seramai 150 golongan asnaf  berjaya disantuni oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Manir di bawah Program “Berkat 2024” semalam.

Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Hilmi Dato’ Harun berkata, program itu bukanlah pertama kali diadakan di DUN Manir dan ia merupakan inisiatif  tanggungjawab sosial menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat menerusi melalui PKM

“Kami di peringkat DUN sentiasa terus berusaha walaupun kecil demi membantu asnaf dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Mudah-mudahan segala sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban buat semua penerima.”katanya yang juga merupakan ADUN Manir selepas menyampaikan agihan tersebut di Kompleks al-Kawthar Kubang Lembek.

Caption

Lima penerima mewakli setiap kampung ini dikenalpasti melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti wang tunai, beras, ayam bersih dan lain-lain.