
Oleh : PAS Kawasan Sungai Besar
Sungai Besar, Selangor | 21 September 2020
Dianggarkan kira-kira seramai 87 orang penunggang basikal turut serta dalam Program Kayuhan Berbasikal ADUN Sungai Panjang & Otai Sijangkang ini yang bertempat di Rumah Bendang, Parit 3 Sungai Haji Dorani.

Kayuhan ini bakal berlangsung sejauh 32 kilometer meliputi kawasan sawah bendang & sawit.

Pelepasan bendera disempurnakan oleh Dato’ Jamal Yunos Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar pada jam 8.30 pagi. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yang-Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin.

Program ini juga turut disertai oleh wakil dari Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar yang diketuai oleh Zulhizat Kisman.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PemudaSungaiBesar
#MemimpinNegara