Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Program kongsi rezeki sayur-sayuran segar organik kebun Amal KRCAMALSELANGOR kali ini dijalankan di 2 lokasi iaitu :
1. Sumbangan timun, kangkung dan bayam kepada Persatuan Ibu-ibu Berdikari Puncak Alam. Menurut laporan sumbangan ini merupakan kali kedua mereka menghantar sumbangan sayur-sayuran ke sini dalam memenuhi keperluan keluarga ibu-ibu tunggal di kawasan ini. Tambahan maklumat, sayur timun pada kali ini merupakan kali terakhir penghasilannya sementara proses penanaman semula sayuran yang akan dibuat minggu hadapan.
2. Sumbangan sayur kangkung dan bayam untuk warga dan penduduk DUN Selat Klang. Program ini yang mendapat sentuhan IKON Kebajikan, Dr Hjh Halimah Ali bersama Team kebajikan beliau. KRCAMALSELANGOR menyatakan bahawa mereka sentiasa gembira menyokong program-program beliau turun bertemu masyarakat terutama di musim yang sangat mencabar ini.
Seterusnya, relawan KRCAMALSELANGOR Pn Nirmala Devi pula meneruskan program santunan kepada masyarakat yang perlu dibantu di sekitar kawasan Sentosa Khasnya. 100 Pek Makanan ‘Ready2Eat’ juga turut diedarkan di DUN Selat Klang. Alhamdulillah, program sentuhan relawan dapur Amal KRCAMALSELANGOR yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini sentiasa mendapat sokongan daripada para penyumbang. Sebanyak RM300.00 dibelanjakan untuk penyediaan makanan ini setiap hari.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor