Home Berita PAS Sabah

Program ‘Back To School’ bantu ringankan beban ibubapa

63
SHARE

 

Oleh : Raudhatul Syarifah

TAWAU : PAS Kawasan Tawau terus menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat dengan membantu meringankan beban para ibubapa membuat persiapan untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah yang akan bermula  tidak lama lagi dengan menganjurkan program ‘Back To School’

      Seramai 50 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah menerima baucer alat tulis bernilai rm50 seorang.

Majlis serahan itu diadakan di Dewan Kg Serudung Baharu, Batu 17, Jalan Bukit Quin, di sini , kelmarin.

      Pengarah program , Siti Arfa Asrisal menyatakan tujuan program itu diadakan adalah untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan serta memastikan anak-anak mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan kelengkapan yang mencukupi.

       Program ‘Back To School ‘  dirasmikan oleh Ustaz Mohammad Saifudin Hasan , Bendahari PAS Kedah yang hadir dalam rangkah membantu PAS Kalabakan dan PAS Tawau untuk menyantuni masyarakat yang memerlukan.

        Dalam ucapan perasmian , beliau menyatakan harapan agar anak-anak yang menerima sumbangan tersebut memanfaatkan bantuan tersebut sebaik-baiknya dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran.

     Ketua Kampung , KK Nita Sintir, turut berucap serta menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau atas penganjuran program tersebut dan menerima dengan tangan terbuka seandainya program seumpama itu diadakan lagi.

        Program turut dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau , Ustazah Mandina Ladale serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tawau .

m