Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 9 keluarga – JAMK Ampang

120
SHARE

May be an image of one or more people and people standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 28 Julai – Setiap hari boleh dikatakan semakin ramai yang memohon kit bantuan makanan asas daripada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dan tidak kurang juga yang memohon keperluan untuk bayi mereka seperti pampers dan susu tepung.

JAMK Ampang menyatakan, dana sumbangan daripada orang ramai yang diterima oleh pihak mereka juga semakin hari semakin berkurangan. Ini menyebabkan mereka terpaksa menapis permohonan sehingga memilih yang betul-betul dalam kesusahan dan memerlukan.

Setakat pihak JAMKA sendiri telah membuat kutipan sesama anggota bagi membeli dan menambah barang-barang makanan kit bantuan makanan asas untuk diserahkan kepada mereka yang memohon.

Kit bantuan kali ini telah diserahkan kepada beberapa penerima sekitar Ampang iaitu di Kampung Lembah Jaya Selatan dan Utara, Kampung Ampang Indah, Tasek Tambahan, Tasek Permai dan Bandar Baru Ampang serta menjadikan jumlah penerima untuk bulan ini adalah sebanyak 64 buah keluarga.

Menurut laporan, serahan sumbangan telah disampaikan oleh beberapa anggota JAMKA yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Fadzil dan dibantu oleh Capten Zainan, Abg Zainodin @ Lanang Arek, Nik Izme Afendy, Pak Mus @ Mustafa Ahmad, Muhammad Imran, Mohamad Iyad Amir, Mohd Haraz, Izzuddin Azman, Dr Abdul Muhaimin Azman, Fathullah Azam Ust Muallim Fadli dan Ust Luqman Muhammad Juffri.

Bagi yang ingi menyumbang dalam bentuk barang makanan seperti beras, tepung, gula, biskut, sardin, kicap, minyak masak, atau bihun boleh menghantar mesej ke inbox JAMK Ampang atau sumbangan berbentuk wang tunai ke akaun berikut:-

No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor