Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Membantu keluarga yang berada dalam kesusahan – Jabatan Amal Ampang

61
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Menurut kenyataan Jabatan Amal Ampang, sebuah keluarga akibat buntu dan berada dalam keadaan yang sangat memerlukan, seorang ibu kepada 3 anak lelaki yang masih kecil (berumur 4-10 tahun) telah menghubungi mereka memohon Kit Bantuan Makanan kerana telah kehabisan bekalan makanan di rumah.

Menurut kenyataan tersebut, Si ayah yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu pelancong telah jatuh sakit selama beberapa bulan dan kehilangan kerja. Akibat sakit yang berpanjangan, beliau kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 27 Mei 2021 akibat sakit jantung, radang paru-paru dan batuk.

“Lebih menyedihkan keadaan, keluarga ini menghadapi masalah tunggakan sewa rumah selama 3 bulan dan juga bil elektrik serta bil air. Si ibu juga memaklumkan bahawa tuan rumah telah memberikan peringatan untuk menjelaskan jumlah sewa yang tertunggak atau berkemungkinan mereka terpaksa keluar dari rumah sewa”, sambungan kenyataan itu.

Atas perbincangan bersama anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA), mereka telah bersetuju mengumpul dana bagi membantu menyelesaikan secara one off sewa rumah yang tertunggak.

Alhamdulillah, Jabatan Amal Ampang telah berjaya mengumpul dana bagi menyelesaikan sewaan dua bulan, iaitu sebanyak RM1100.00 dan dibayar terus kepada tuan rumah. Mereka juga telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan dan pampers kepada keluarga ini.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

No. Akaun : 8604427663
Nama        : JAM AMPANG VENTURES
Bank         : CIMB Islamic Bank

Sumbangan tuan/puan dapat membantu mereka yang memerlukan. Jom sama-sama kita bantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor