“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Aktiviti memberi sumbangan oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) diteruskan lagi dengan bertemu 4 buah keluarga yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Jawatankuasa Program AD4C.
Menurut Jabatan Amal Ampang, tugas serahan kali ini telah diselesaikan oleh Komandan JAMKA Muhd Afif dan Timbalan Komandan JAMKA Haji Mohamad Fadzil.
Penerima pertama merupakan seorang ibu tunggal yang tidak berkerja berumur 57 tahun dan menumpang di rumah ibu beliau yang berumur 85 tahun di Taman Muda. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Penerima kedua adalah seorang mualaf berbangsa cina yang menyewa di Taman Ampang Mewah tinggal bersama 3 orang anaknya yang masih bersekolah rendah dan menengah dan mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Penerima ketiga sepasang suami isteri yang keduanya telah hilang perkerjaan lebih 2 bulan akibat pendamik covid ini. Menyewa bersama 2 anak kecil di Kg Lembah Jaya Utara (RM550.00 sebulan) telah menerima 1 Kit bantuan makanan.
Penerima keempat sepasang suami isteri yang berkerja gaji hari telah hilang pendapatan akibat telah diberhentikan dari tempat kerja. Mereka yang menumpang di rumah keluarga orang tua di Kg Lembah Jaya Utara telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang berkongsi sedikit info mengenai mereka, JAMKA adalah satu badan bukan kerajaan dan ia dianggotai oleh para sukarelawan yang hanya membantu seikhlas hati tanpa ada menerima gaji atau upah dan kebanyakan mereka mempunyai kerja hakiki oleh sebab itu kebiasaan mereka hanya dapat melakukan kerja kebajikan di hari minggu sahaja.
No Akaun: 860 442 7663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor