Home Berita PAS Selangor

Program A Day 4 Charity (AD4C) sumbangan kit bantuan makanan di Kg Baru Ampang – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang

146
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Pada 1 Jun 2021 telah berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun “Total Lockdown” di seluruh Malaysia. Secara tak langsung telah membuat golongan pekerja terutamanya yang menerima gaji harian terjejas.

Menurut hantaran media sosial Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang, mereka telah berjaya menyampaikan 3 Kit Bantuan Makanan Asas di sekitar Kampung Baru Ampang.
1️. Seorang penerima yang juga ibu tunggal dengan perkerjaan gaji harian telah hilang punca pendapatan selama mana PKP ini berlangsung.

2️. Sepasang suami isteri bersama 3 anak kecil yg menyewa sebuah bilik berwarganegara Indonesia juga telah menerima kit bantuan makanan.
3️. Sebuah keluarga yang tinggal seramai 14 orang dalam sebuah rumah flat (650 kaki persegi) juga telah menerima kit bantuan makanan.

Jabatan Amal Kawasan Ampang juga ingin turut mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi maklumat kepada mereka. Semoga kita dapat sama-sama membantu meringankan beban mereka yang susah dan memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor