Home Berita PAS Terengganu

PRN15: Proses Penamaan Calon N23 Kuala Berang lancar

8
SHARE

HULU TERENGGANU – Proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN)Kuala Berang N23 berlangsung dengan baik tanpa ada provokasi daripada penyokong dua parti yang mengiringi calon masing-masing.

Walaupun penyokong berada pada jarak 50 hingga 100 meter antara satu sama lain, keadaan adalah terkawal.

N23 Kuala Berang setakat jam 9.30 pagi ini masih menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Dr Mamad Puteh(PAS) dan Jalaluddin Ismail (BN)

Cuaca ketika ini agak panas namun tidak menghalang para penyokong  berkumpul memberikan sokongan.

Proses penamaan calon dikendalikan Pegawai Pengurus SPR Bahagian N23, Lukema Meri Salleh@Abdul Latif.