Home Berita PAS Terengganu

PRN15: Lebih 2,000 penyokong iringi Hanafiah ke Pusat Penamaan Calon

25
SHARE

KEMAMAN – Lebih 2,000 penyokong hadir bagi memberi sokongan kepada Calon PAS, Hanafiah Mat ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di sini.

DUN Chukai bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru membabitkan calon daripada Parti Islam Se-malaysia (PAS) dan Barisan Nasional (BN).

Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon N31 Chukai, Ahmad Farhan Abd Wahab mengumumkan perkara tersebut di Pusat Penamaan Calon di Dewan Dato’ Sri Amar di sini.

“Bekas ADUN Chukai, Hanafiah Mat bertanding mewakili PAS manakala BN diwakili Dato’ Sri Mohamed Rahim Hussin.

“Terdahulu Calon BN, Rahim Hussin mengemukakan kertas penamaan calon pada jam 9.05 pagi manakala Calon PAS, Hanafiah Mat pada pukul 9.10 pagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Penamaan Calon bagi kedua-dua parti bertanding DUN Chukai bertempat di Dewan Dato’ Sri Amar di sini hari ini.

Hanafiah Mat, yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berpakaian serba hijau tiba di Pejabat DUN Chukai pada jam 8.00 pagi yang disambut oleh para hadirin.

Sebelum memulakan perarakan, para penyokong mengalunkan zikir munajat serta doa yang diketuai oleh pemuda-pemuda DUN Chukai di sini.

Cuaca yang baik juga melancarkan lagi perjalanan perarakan jentera PAS bersama calon ke Pusat Penamaan Calon.