Oleh : ANNA TAN
TAWAU: Jentera PAS Tawau digesa meningkatkan kesiapsagaan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Yang Dipertua PAS kawasan Tawau, Mohamad Husain menjelaskan kepentingan cawangan untuk bergerak aktif kerana entiti inilah yang memainkan peranan untuk mendekati masyarakat.
“Setiap cawangan perlu menubuhkan PASTI supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Tawau, di sini, kelmarin.
Majlis yang diadakan di Bandar Sri Indah itu telah dihadiri oleh ahli daripada lima cawangan iaitu Taman Ria, Taman Sawit, Ranggu, Kampung Jawa dan Sabindo.
Sementara itu, Ketua Cawangan Taman Ria, Ustaz Halim Bidy pula mengesa agar setiap ahli bangkit bersemangat bersama-sama memenangkan PAS semasa PRN nanti.
Turut diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2025 – 2027.