Home Berita PAS Sabah

PRN : Penamaan calon di Dun Jerteh aman damai

113
SHARE

Nurul Hazimah
30 Julai 2023

JERTEH : Hampir 1,000 penyokong berarak hadir ke pusat penamaan calon, di sini, semalam.

Kira-kira pukul 7.00 pagi penyokong telah berhimpun untuk menghadiri penamaan calon yang diketuai oleh calon Dr Riduan Mohamad Nor yang akan bertanding di kerusi Dun N03 Jerteh.

Himpunan dimulai dengan melaksanakan solat hajat beramai-ramai.

Terdahulu hampir 1,000 penyokong PAS tiba di persekitaran Dewan Majlis Daerah Besut untuk mengiringi calon yang bertanding.

Himpunan yang dihadiri oleh golongan muda dan golongan tua di sini, berlaku dalam keadaan aman damai, tiada sebarang provokasi dari kedua pihak.

Salah sorang penyokong yang hadir iaitu Isaac Wong merupakan wakil dari Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah berkata,” kita akan mencapai kemenangan di Dun Jerteh ini, apabila dapat kita lihat dengan kehadiran penyokong yang ramai pada hari ini”.