Home Berita PAS Selangor

Program Ziarah Kemasyarakatan – DMPK Hulu Langat

34
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

HULU LANGAT, 8 November – Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Hulu Langat meneruskan lagi agenda kebajikan buat masyarakat tempatan di Hulu Langat.

Semalam, DMPK Hulu Langat telah turun ke Taman Pelangi Semenyih, Bandar Tasik Kesuma dan Jenaris bagi menyantuni dan menyampaikan kit sumbangan sempena Deepavali kepada masyarakat India di sana.

Sumbangan Kit Bantuan menjelang perayaan Deepavali tersebut adalah daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPK Hulu Langat dan Halwa Semenyih pada Ahad, 7 November.

“Jazakumullah kepada semua yang terlibat sebagai usaha yang diredha Allah. Asbab Allah melimpahkan keberkatan kepada semua penduduk di DUN Semenyih”, ujar wakil DMPK Hulu Langat.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor