Home Berita PAS Terengganu

PRN 15 ; Dua penjuru di Pengkalan Berangan

41
SHARE

Oleh : Faizal Ghani Al Medaniey

Foto ; Foto : Mawi & Asif

MARANG – Pertandingan dua penjuru di kerusi Pengkalan Berangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15 Kali ini.

Sulaiman Sulong Penyandang kerusi dari parti PAS di cabar calon dari BN /PH Datuk Nik Dir Wan Ku.

Kedua-dua calon tiba di perkarangan Dewan Sivik Wakaf Tapai kira-kira jam 8.45 pagi.

Setelah pengumuman tamatnya waktu penyerahan borang jam 10 pagi, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menerima hanya dua borang pencalonan.

Calon BN/PH menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi manakala pihak SPR menerima borang pencalonan ke dua dari PAS dua minit kemudian.

Dianggarkan lebih dari 3500 peserta mengiringi calon PAS yang berarak lebih kurang 300 meter diiringi selawat serta di selang-seli kan dengan laungan takbir.

Untuk rekod, Sulaiman memenangi kerusi DUN tersebut pada PRU 14 yang lalu dengan majoriti 490 undi mengalahkan penyandang dari BN Cikgu A.Latif Awang.