Home Kenyataan Media Presiden PAS

PRK Seri Setia: Isyarat Awal Perubahan Rakyat

684 views
SHARE


Kenyataan Media Presiden PAS

PRK SERI SETIA: ISYARAT AWAL PERUBAHAN RAKYAT


1. PAS menghormati keputusan rakyat dalam PRK Seri Setia dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan.

2. PRK Seri Setia menunjukkan isyarat awal perubahan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS. Peratusan keluar mengundi yang rendah juga merupakan petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

3. PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, dan sedia menjadi pembangkang yang menasihat serta bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.

4. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para petugas PAS, rakan-rakan pembangkang dari UMNO dan MIC, juga pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dengan baik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 27 Zulhijjah 1439 / 8 September 2018