Home Berita PAS Terengganu

PRK Kemaman : Polis tak benar berarak rai kemenangan

2
SHARE

KEMAMAN – Penyokong parti diingatkan agar tidak mengadakan sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya gangguan ketenteraman awam.

“Pihak polis akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengawal ketenteraman dan keselamatan awam.

“Seramai 280 anggota dan pegawai polis akan memantau situasi untuk memastikan keadaan aman dan harmoni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir membuat lawaran ke tempat pusat pembuangan undi, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Metok, di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan akan diambil jika didapati melanggar arahan.

“Sama ada kita akan ambil terus (tindakan) atau bukakan kertas siasatan apabila ada laporan polis, dan tindakan akan diambil kemudian,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, orang awam dinasihatkan tidak berada di pusat mengundi selepas jam 6 petang serta bagi memberikan kerjasama untuk memastikan proses seterusnya berjalan dengan lancar.

“Apabila selesai penutupan pusat-pusat mengundi pihak polis akan menutup jalan ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman secara berperingkat.

“PDRM akan mengaturkan kawalan daripada pasukan lalu lintas bagu memastikan kawalan yang teratur,” ujarnya.

Terdahulu, beliau berkata,  untuk PRK ini PDRM telah mengatur gerak kekuatan seramai 1,113 anggota termasuk dari Bukit Aman