Prestasi Exco PAS di Selangor Cemerlang
SHAH ALAM, 28 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Y.B Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi memaklumkan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor kini lancar dengan penambahbaikan beberapa polisi baru.
Katanya, polisi tersebut bukti pentadbiran kini lebih baik berbanding pentadbiran UMNO sebelum ini.
“Walaupun di Negeri Selangor, exco-exco dan kerajaan telahpun memutuskan beberapa polisi yang saya lihat cukup baik, terutamanya dasar-dasar polisi ini yang sebelum ini tidak pernah berlaku zaman pentadbiran UMNO Barisan Nasional, polisi-polisi ini tidak pernah berlaku.
“Tapi Alhamdulillah, pada kerajaan yang telah diberikan mandat pada hari ini di Negeri Selangor ini, kita telah banyak membuat dasar-dasar dan polisi semata-mata untuk kebaikan rakyat ataupun yang kita sebut insentif peduli rakyat,” jelas beliau.
Dalam masa sama, Y.B Dato’ Yunus turut menekankan peranan exco kerajaan bagi memastikan mesej yang dibawa sampai kepada rakyat.
“Saya kira peranan ini harus digemblingkan supaya akhirnya penambahan ini sampai kepada rakyat dan bagi pihak exco-exco, kita merasakan bahawa kita punya tanggungjawab dalam bidang-bidang tertentu.
“Kita juga perlu membawa mesej keseluruhan kerajaan negeri kepada rakyat supaya rakyat di peringkat mana pun samaada di bandar mahupun luar bandar ataupun di ceruk mana pun di negeri Selangor, mesej ini akan sampai.
“Dan terutama kepada mereka yang sepatutnya mereka ini mendapat manfaat daripada program-program insentif, mereka akan dapat. Sebagai contoh, kalau yang terkini termasuklah program insentif peduli sihat yang kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah 150 juta ringgit ataupun insentif haji untuk bakal-bakal haji muassasah,” tambah beliau.
{jathumbnail off}