Home Berita PAS Terengganu

Presiden PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Bas UPSI

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat, Tasik Banding, Gerik yang meragut 15 nyawa termasuk pelajar-pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.

Beliau berkata, tragedi ini amat menyentuh hati kita semua, apatah lagi melibatkan anak-anak muda yang sedang menuntut ilmu yang bakal menjadi pewaris masa depan umat dan negara.

“Saya mendoakan agar semua yang terkorban diluaskan rahmat Allah SWT ke atas mereka, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut mendoakan agar mangsa yang sedang dirawat, semoga diberikan kesembuhan yang segera dan kekuatan buat ahli keluarga untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan redha.

“Sesungguhnya setiap nyawa itu amanah, dan setiap kehilangan adalah peringatan untuk kita kembali menginsafi kelemahan sebagai hamba.” tegasnya

‎اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم