Home Kenyataan Media Presiden PAS

Presiden PAS sedih terima berita pemergian Adib

1825
SHARE

Rasa sedih menerima berita malam ini, pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh.

Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Al-Fatihah.

Abdul Hadi Awang

Rasa sedih menerima berita malam ini, pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on Monday, December 17, 2018