Home Berita PAS Terengganu

Presiden PAS masuk hospital

33
SHARE

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilaporkan sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Perkhabaran itu dikongsikan anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi perkongsian di laman Facebook Rasminya pada pagi ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk memohon orang ramai mengadakan solat hajat khusus dan mendoakan kesembuhan buat ayahandanya.

Katanya, kehadiran ayahanda ke pelancaran jentera pilihanraya Pemuda PAS Terengganu tempoh hari sudah pun dalam keadaan keuzuran.

Namun, Ahli Parlimen Marang itu tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.