Home Berita PAS Terengganu

Presiden PAS makin sembuh

63
SHARE

KUALA TERENGGANU – Keadaan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini semakin pulih selepas dijangkiti Covid-19 kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ayahnya sebagaimana dimaklumkan sebelum ini hanya mengalami gejala ringan sahaja.

“Antara gejala yang dihadapi adalah demam, batuk macam biasalah, tempoh kuarantin kalau ikut prosedur akan berakhir Sabtu ini.

“Ayah didapati positif selepas pulang daripada program di Kedah, pada awalnya mengalami demam kemudian dibuat ‘swab test’ dan didapati positif, dalam keluarga tidak ada yang dijangkiti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Mengulas lanjut katanya Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini telah mendapat dua dos suntikan dan juga booster.

“Setakat ini tok guru dipantau secara dekat kesihatannya dari semasa ke semasa,” ujarnya.