Home Berita PAS Terengganu

PPV outreach : 500 vaksin kepada warga Bukit Besi, AJK Masjid dan Guru

38
SHARE

DUNGUN – PPV outreach di Bukit Besi membekalkan 500 vaksin kepada warga Bukit Besi, AJK Masjid, Ketengah dan Guru. Pengawai Penyelaras Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata setiap warga Dun Bukit Besi perlu memikul tanggungjawab bersama supaya pada akhirnya program imunisasi ini mencapai kejayaan yang dihasratkan.

“Sambutan yang diterima di peringkat luar bandar khususnya warga Bukit Besi sangat menggalakkan”.

“Seramai 75 sukarelawan terdiri daripada warga Bukit Besi itu sendiri. PPV outreach yang julung kalinya diadakan di Dewan Sekolah Menengah Bukit Besi”.

“Terima kasih para petugas Pejabat Daerah Dungun, KKM, Polis, Rela, APM dan sukarelawan yang menjayakan program ini”.

“Tidak lupa juga kepada pihak JPKK Besol, JPKK Perumahan dan JPKK Kampung Bukit Besi yang turut sama membantu bagi melancarkan lagi Program PPV outreach di Bukit Besi ini”.

“Harapan saya agar penduduk di Dun Bukit Besi dapat mengambil peluang atas inisiatif yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan imuniti berkelompok dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar amnya di Dun Bukit Besi”.